Tuesday, November 27, 2007

Apa itu Ebook?

Pasti ramai di antara anda yang pernah membaca ebook atau membeli ebook di internet. Ini yang saya mahu ceritakan pada hari ini. Begitu ramai lagi sebenarnya yang tidak tahu, apa itu ebook. Di zaman teknologi sekarang, kita tidak boleh menolak sesuatu yang dapat memudahkan kerja-kerja kita dan dapat menjadikan hidup kita lebih terurus. Begitu juga dengan ebook.

Terdapat banyak kelebihan dan manfaat jika kita menggunakan platform ebook berbanding dengan buku fizikal yang dicetak. Namun, persoalan awal di sini ialah, "apa itu ebook?". Secara mudah, ebook adalah satu bentuk atau medium penyampaian maklumat dalam bentuk digital. Tidak sepertibuku yang dicetak, ebook biasanya boleh dimuatkan ke dalam handphone, Pocket PC, PDA dan juga komputer.Bermaksud, jika anda ada banyak buah buku, anda perlu memunggahnya. Semakin banyak buku, semakin banyak tenagayang perlu anda gunakan untuk membawanya.Tetapi TIDAK untuk ebook. Walaupun ada seribu buah ebook, anda hanya perlu menyimpannya di dalam apa-apa 'storan' elektronik seperti komputer peribadi (PC) atau laptop. Anda boleh membawa ebook ke mana sahaja anda pergi tanpa apa-apa bebanan. Mahu Beli Ebook?Ok. Katakan anda mahu membeli sebuah ebook, biasanya penjual ebook itu akan membuat penghantaran kepada anda dengan tiga cara berikut:

1 - Menghantar ebook terus ke emel anda (guna attachment)

2 - Menghantar link download ebook ke emel. Anda perlu kelaman web download untuk mendapatkan ebook tersebut.

3 - Ebook tersebut akan dimasukkan ke dalam CD-Rom dan dihantar terus ke rumah anda melalui Pos.

Mana-mana cara sama sahaja sebab yang anda akan dapat tetap benda yang sama iaitu ebook. "Saya Lebih Suka Baca Buku!" Ya, saya pun begitu juga. Dengan memiliki ebook, tidak semestinya anda tidak boleh menjadikannya sebuah buku. Anda boleh mencetaknya jika anda mahu. :) Salah satu kelebihan ebook ialah, penghantarannya lebih laju dan selamat berbanding melalui Pos. Jadi, andai kata anda memerlukan sesuatu maklumat dengan cepat, maka penghantaran ebook melalui emel adalah penyelesaian yang sesuai. Anda dapat ebook itu dengan cepat, maka cepatlah jugaanda dapat merujuknya. Apa Beza Ebook dengan Buku? Tiada beza yang ketara! Yang tak sama hanyalah bentuknya sahaja. Ebook adalah secara digital, manakala buku biasa adalah dicetak. Hakikatnya, cuba kita fahami apa maksud ebook dalam bahasaMalaysia? >> Buku Elektronik. :) Ya, ebook sebenarnya adalah buku, cuma sahaja "e"book itusatu istilah sahaja untuk menyatakan ia adalah dalam bentuk digital, bukan cetakan.

"Ebook" adalah perkataan Bahasa Inggeris. Dalam Bahasa kita, ia dipanggil EBuku. Cuma di internet, kita menggunakan perkataan "ebook" kerana ia lebih digunakan secara meluas. Di dalam ebook, ia juga mengandungi bahan bacaan sama seperti buku biasa. Susunannya, cara penulisannya, sama sahaja, tiada beza. Dua Jenis Format EbookBiasanya, terdapat dua jenis format ebook yang digunakan oleh kebanyakan penulis ebook iaitu:

1 - PDF
2 - EXE

Untuk PDF, anda memerlukan perisian tertentu untuk membaca ebook berformat PDF tersebut. Manakala untuk format EXE, tidak perlukan apa-apa perisian. Ia terus boleh dibaca sebaik sahaja memperolehinya. Akhir kata, jika sebelum ini anda tidak tahu atau kurang jelas apa itu ebook, semoga dengan penerangan yang singkat di atas, harapnya anda semakin memahaminya. Jumpa lagi.

No comments: